Friday, March 5, 2010

MARI BELAJAR


19hb Feb 2010 (Jumaat)
Aku menyertai kelas belajar buat 'Cup Cake' mmg mudah(hehehe)
Datin (isteri VC) & Pustakawan pun turut serta


Inila hasil air tangan aku..part menghias ni kena kreatif
plak tu 1st time tangan pun gigil



Inila cikgu Zai..(tq teacher) nanti ajar lagi ye


Bersama kawan opis

DUGAAN

SEMOGA UJIAN DAN DUGAAN YG DATANG MELANDA KELUARGA AKAN KAMI TEMPUHI DENGAN TENANG DAN REDHA..SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR...DIHARAP APE YG BERLAKU AKAN BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN DAN GEMBIRA HINGGA KE AKHIR HAYAT..amin

BIRTHDAY


HAPPY BIRTHDAY TO ME 3X
(nyanyi ramai-ramai)

ALHAMDULILLAH, AKU PANJATKAN KESYUKURAN kepada ALLAH S.W.T.. KERANA AKU MASIH HIDUP LAGI DIBUMI MU YA ALLAH..semoga umurku diberkati Allah, dimewahkan rezeki, diberi Kebahagiaan di Dunia dan Akhirat dan rumahtangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

p/s : terima kasih kepada keluarga & kengkawan yg memberikan ucapan
saya sayang kamu seme kerana Allah


Wednesday, February 3, 2010

MERAJUK


NOT FOR SALE

Cite lama..kisah adib tahun lepas..

Waktu tu pagi aku sibo nak bersiap uruskan ape yang patut sebelum ke tempat kerja..adib pun dh bangun so setiap pagi adib mmg la nk berdukung la ape la..mama plak bz..so aku tak brp layan ar adib mase tu...bila seme urusan dah siap dan dah nk keluar rumah aku panggil adib, byk kali aku panggil nama dia..dia senyap aje..aku tanya hubby kat bawah nmpk adib tak? Kan kat atas ngan mama, jawapan ringkas dari abah..aku dh mula panic..ke atas ke bawah..dapo, bilik air seme tempat aku masuk tapi bayang adib pun tak de..sampai abah pun tolong cari..akhirnya dlm keadaan tenang aku tgk seluruh bilik tiba2 aku nampak kaki adib dicelah baju2 tu..bila aku selak baju tu 'adib dengan muka tak bersalah n buat muka takpuas hati mesti dlm hati adib kata "tahu takut..gelabah".. mase aku jumpa adib tu aku terus dukung n cium dia..tp muka dia tetap tak senyum..biasanye dia akan senyum n ketawa bila nama dia dipanggil..mmg betul2 merajuk..dan sekarang pun itu la tmpt FAV..dia kalo nk sembunyi... bila aku kenang2 aku ketawa sendiri n terfikir camne dia leh fikir nk sembunyi kat ctu...

Owh 'ali'


Akhirnya berjaya juga aku mendapatkan Coach 'Ori' Ali_sig sat Hobo
best, cantik n mmg puashati bila memiliki yang Ori...

FEBRUARI


19 Januari 2010 9th Anniversary
Semoga rumahtangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat
disamping anak2 tercinta


Salam Tahun Baru 2010..lama benar rasenye aku tak update my blog ni..Diam tak diam kita dh di bulan ke2 (Februari). Alhamdulillah aku n keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t..Bonda tercinta juga dalam keadaan baik..




Wednesday, November 25, 2009

KEHILANGAN


Sesungguhnya ajal maut ditanggal Tuhan...memang telah tertulis lebih awal bila kita akan mati di Luh Mahfuz...cuma kita sebagai manusia perlu bersedia dan redha dengan ketentuaan yg telah ditetapkan..

Tanggal 8 NOVEMBER 2009 (AHAD) 3.25pm..Ayahanda tercinta Hj. Mahadi b. Abas telah kembali kerahmatullah..kami bersyukur disaat akhir..ayah sempat menyebut kalimah ALLAH...semoga roh ayahanda dicucuri rahmat, dan ditempat disisi org2 yg soleh..semoga diampunkan dosa2 yg terdahulu..dan ditempat di Syurga Firdausi...

Lebih menyedihkan belum pun reda kerinduaan atas kehilangan arwah Adik Amin tercinta, genap setahun 9 November 2008 3.45pm...ayah pula pergi menyusul..


"YA, ALLAH, SESUNGGUHNYA DIKAU MAHA MENGETAHUI SETIAP APE JUA UJIAN YG DIKAU BERIKAN BUAT UMAT MU"

Bonda Hjh. Balian orang yang paling sedih, kami adik beradiklah yang menenangkan mak, kesian pada mak, tapi kami perlu REDHA...sekarang ni mak kerap juga pusing n pening kepala..setiap tengahari aku mesti balik tengok keadaan mak...berbual2 dengan mak, supaya dia tidak terlalu terkenang pada arwah Ayah..ade waktu juga aku seolah-olah tak percaya yang aku telah kehilangan ayah tercinta untuk selama-lamanya..tiada lagi kata2 nasihat, tak dpt lagi aku nk cium pipi n tangan yg dulunya banyak membantu meringankan kerja rumah..sememangnya Ayah seorang yang bertanggungjawab n rajin menolong kerja2 rumah......ape yang boleh aku lakukan hanya berdoa dan selalu sedekahkan Al-Fatihah..

note: sewaktu entry ini ditulis..airmata tak henti2 mengalir..terlalu sebak, dan perasaan bercampur baur...semoga aku tabah dengan ujianMu....