Wednesday, September 30, 2009

MALAM RAYA



Takako (Mak Sakurako) pun main bungapi seronok seme..

Miyuki & Afif main bungapi


Malam raya makan roti canai

Delayed entry 29 Ramadan (19/09/09) Sabtu Aku pun rase gembira la bila mereka pun nampak hepi dok kat rumah aku..haik haik...angkut kepala jek ler..

Malam Raya kami cuma makan Nasi goreng n beli coti canai, roti pisang (dia org suka sangat roti pisang) makan ngan kari n kuah Dal.

Lepas maghrib aku dh bersiap2 tu masak lauk n rebus ketupat..nasib baik la Mok Su tolong masak kalo tak tak tahu ler dapat masak ke tidak..ngan kerenah adib yg sentiasa nk berdukung..lepas dh tido kan dia tengok semu dh siap tinggal nak masak lodeh esok pagi...tp ketupat kena tunggu sampai kul 3am..

Tahu tak..Sakurako ni ade la peminat fanatik bola sepak..kebetulan malam tu fav team dia ARSENAL ade live kat 811..dh macam lelaki aku tgk dia punya tekun sampai kaki naik atas sofa..hehehehhe...itula kalo dh minat!


SELAMAT DATANG


Cantik tak? Takako san pilih baju kebaya




Makan nasi goreng (sblm gi berbuka pose di LC)


Inila SAKURAKO sampai2 jek terus buka beg bagi souvenir

Delayed Entry
Friday 18 Sept 09 (28 ramadan 1430)

Hari ni kayroll ke KL menjemput family dari Jepun yg bakal berhari raya bersama-sama kami di Malaysia. Family yg hampir 15tahun tak berjumpa sejak 1994.

Memang rezeki..kebetulan mase di KL Sentral tunggu keretapi nak balik JB, ade plak Ally Iskandar dlm Program MHI TV3 yg tengah membuat liputan org balik ke kampung...dan ape lagi satu Malaya tengok kayroll dlm tv ngan family jepunnye tu...glamerrr sejap..kembang kuncup cik abang kita bila ramai yg sms..tetiba jek hubby aku kuar tibi..

Sampai rumah PI aku yang memang dh prepare bahasa jepun yg aku baca dlm buku so tunjuk skills ler..dh lama gak tak cakap dalam bahasa jepang ni..waduh..

Aku : Dozo..ogengki desu ka translate : Sila kan..ape khabar? (Nanti kita belajar lagi ek bahasa jepang ni)

Aku hidangkan mereka nasi goreng dengan ayam goreng, dengan berbahasa dia kata Oishe (sedap) licin dia makan lapo sangat sebab mase dlm train tak makan pun.. Tp Sakurako tak makan dia cuba merasa cam mane berpuasa tp berbunyi gak dia kata i'm sturving..aku buat teh o kurang manis..tp bila dia org minum still kata manis..so aku terpaksala cari green tea ..senang jek nak layan org jepun ni..air panas letak green tea..siap!

kami keluar berbuka puasa di LC Catering (hari last) sambil tu tunjukkan pelbagai menu masakan melayu..Sakurako mmg pandai makan pedas..Ade plak Mawi n family makan kat ctu gak...




Tuesday, September 29, 2009

10 Syawal

10 syawal - Mase ni la baru aku dapat berblog..plak mase cuti raye hari tu bz sesangat.. Ayah pun masih di wad, disebabkan kencing berdarah selepas buang batu karang..semoga ayah cepat sembuh dan dapat beraya bersama anak2 dan cucu yang sememangnya rindukan Atuk dan Wan

Wednesday, September 16, 2009

UCAPAN


Dikesempatan ini..Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.

Kita tangisi pemergiaan Ramadhan dan kita sambut Syawal dengan penuh kesyukuran dan syahdu. Kepada yang pulang bercuti pandulah kenderaan dengan berhemah dan berhati-hati di jalan raya.

Semoga sambutan Hari Raya tahun ini disambut dengan penuh Kemeriahan, eratkan tali persaudaraan, saling bermaafan serta bertekad untuk menjadi lebih baik dan cemerlang dalam segala lapangan.

SALAM AIDILFITRI buat Ayah & Mak, adik beradik, saudara mara dan rakan semua..



Salam Aidilfitri drp :

Sapura Hj. Mahadi
Khairull Azmi b. Ishak
Khairunnisa Ainin Sofia bt. Khairull Azmi
Mohamad Khairull Afif b. Khairull Azmi
Mohamad Khairull Adib b. Khairull Azmi

Monday, September 14, 2009

SPECIAL GUEST

Beberapa hari lagi bakal tiba Hari Raya..InsyaAllah tahun ni seme keluarga hubby berkumpul di rumah aku di Pulai Indah..itupun sebab menyambut kedatangan special guest..from Japan kesemuanya tetamu perempuan, Sakurako & Mum dan fren, mereka dijangka sampai pada 17hb Sept di KLIA..kayrol akan jemput mereka di KL nanti...18hb naik keretapi dari KL Sentral ke JB. Mereka di Malaysia sehingga 24hb Sept...dipendekkan cuti yg sepatutnya sehingga 27hb..atas sebab2 yg tak dapat dielakkan...mereka terpaksa pulang awal..neway semoga mereka senang n enjoy dirumah aku nanti....

Friday, September 11, 2009

ENTAH LA..


Dah lama tak excerise 'poco-poco' tapi sekarang ni tengah panas plak isu tarian poco2 di email kononnye tarian ni dikatakan seolah2 membentuk SALIB.. kerana pergerakannya bermula 2 langkah ke kanan 2 langkah ke kiri dan pergerakan belakang dan kembali semula langkah yang sama (Tapi aku masih belum rujuk pada ustaz lagi)

RAMBUT RAYE


GAMBO KURANG MEMUASKAN


Lepas gunting rambut, sempat anak beranak ni 'ngeteh' kat restoran NooR
(makan nasi goreng & roti canai)

SATU MALAM

Semalam malam adib payah betul nk suh dia tido..bila tak tido asyik la bermain ngan afif...afif plak ajo yang bukan2..ajak adib main panjat2 kerusi..kerusi tu dekat ngan meja panjang..tup2 aku tengok adib berlari2 kat aku bawa botol minyak wangi abah!..aduh hangin jek aku...afif pulak siap panjat atas meja tu..lagi la aku hangin aku baru la nk berehat malam hari....Lepas tu senyap sekejap..kali ke2 aku dengo cam benda jatuh...aku pun berlari la kearah bunyi tu..tiba2 aku tengok kat tangan adib ade sebuku kecil sabun (hotel) sedap jek adib pegang sambil gigit...mase aku tarik sabun tu dia terus muntah! kali ke2 aku Hanginnnnnnnnnnnnnnn.....afif juga la kena malam tu.......

Thursday, September 10, 2009

DENTIST



Good Boy!..nasib baik mood afif ok nak juga dia tampal GG



Kakak memang 'SUPER" dialah yang membuatkan afif jadi berani
(belum dr. suh dok kat kosi sofia dh excited terus jek baring)



09/09/09 Semalam aku bawa Sofia & Afif jumpa Dr. GG coz dah 2 hari afif merengek bagitahu sakit gg..bila aku tgk..mmg nmpk 2 bth gg yg berlubang.. Sepatutnya kami perlu jumpa pada waktu rawatan yg telah ditetapkan tp 'emergency' kes..kautim lebih kurang ngan Dr..alhamdulillah jam 2ptg kami diminta datang..

Mase ambik kakak n afif kat rumah mak esah..dia org mmg dah standby..adib nangis sebab tak bawa dia...Sampai klinik aku plak yang berdebar2 bukan ape..aku bimbangkan afif takut dia menangis tak nak tampal gg..tapi alhamdulillah bila dia tengok kakak steady jek sambil pake sunglasess..afif pun ok! gud boy. Cuma afif kata mulut dia lenguh coz nganga lama sangat... selesai tampal gg...aku sempat juga la jumpa dr. coz sakit tekak. Hantar anak2 rumah mak esah..balik semula opis..koja ler....

Wednesday, September 9, 2009

KONVOKESYEN KE 43


Dari kiri, Dilla (pregnant 7bln), wanti, ME & ReeN
sesi ni Hazila tak de (cuti gi kl wat VISA), 8hb Sept hazila dah bertolak ke Leeds UK
menyambung Master di sana..semoga berjaya!
gambo EMCEE lelaki tak sempat plak nak snap!


Konvo kali ini..seme ibu bapa dan petugas di minta memakai 'mask'
tak terkecuali kami yg di dlm bilik konti ni...(sesak nafas kena tutup idung)
tapi amik gambo still maintain...huhuhuh


Yana (cucu Mak Ros from singapore)


Kenapa jadi camni? like tangga...

MAIN BUNGA API


8 Sept berbuka rumah mak mertua, anak2 ambil kesempatan
main bunga api ade la 2 bungkus.. moksu la yg melayan


suka dapat main bunga api..


Adib suka bila kita letakakan bunga api kat tangannya..diam jek
bila bunga api dh abis mula merengkek...

Monday, September 7, 2009

RUMAH MAK

Alhamdulillah, 6 sept, dapat aku berbuka di rumah mak..semua adik beradik berkumpul penuh juadah berbuka atas meja, asam pedas permintaan aku dah siap mak masak..tq mak..I LUV you very much...ade tauhu sumbat, mee goreng, nasi goreng, macam2 ado....Adib cam biasa ar..pantang aku 'angkat punggung' mesti nk ikut..siap pegang kaki..lagu mane mama nk jalan...tapi adib tetap good boy...

NUZUL AL-QURAN

Pagi ni ceramah Ramadan 3..(17 ramadan) Nuzul Al-quran: Penghayatan di Sebalik Peristiwa Nuzul Al-quran yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Asmadi Sakat, fakulti Pengajian Islam UKM. Antara yg ditekankan

* Baca Al-quran (sekurang2nya 10 ayat) dan faham makna
* Belajar perlahan-lahan kerana Al-Quran mmg berat (untuk dipelajari)
* Sekiranya tinggal satu amalan didunia akan tercalar diakhirat nanti
* Melebihkan akhirat dari dunia
* Berlumba-lumba di bulan Ramadan kerana belum tentu dapat berjumpa Ramadan di tahun
hadapan!
* Beri salam
* Berzikir
* Surah Al-Baqarah jika diamalkan, rumah tidak akan dimasuki syaitan...


CRYSTAL CROWN



Bila kita ckp "adib senyum" (sambil ajukan kamera ke arah dia) ini lah pose yg diberikan



Inilah aksi2 adib yg tak leh dok diam lak mlm tu.. pantang kita bangun nk amik mkn di pun nk ikut turun dr babychair



1 September 09, berbuka pose di Crystal Crown
ajak moksu n atuk ani



Tuesday, September 1, 2009

BERBUKA POSE





30hb Ogos 2009 (9 Ramadhan 1430H) Bersahur ber3 hari ni..Rahanim balik bercuti..kebetulan di tumpang kawannye yang duduk di Quartes Desa Bakti..so hubby amik kat ctu jek.. aku masak udang goreng, sotong sambal n sayur kobis..

Lebih kurang 10.00 pagi mak mertua n adik datang, bawa rahanim gi Jusco..aku nk anak2 pun tumpang sekaki...hehehe..belikan sofia & afif kasut..sehelai gaun sofia n cardigan.

Petang berbuka pose rumah kak dal...seronok bila berbuka ramai2..

MERDEKA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52

31 OGOS 2009

SALAM 1MALAYSIA

"RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DI UTAMAKAN"