Friday, July 17, 2009

ISRA' & MIKRAJ

Mendengar Ceramah ISRA' & MIKRAJ yang disampaikan oleh Ustaz Hanafiah b. Abdul Razak, Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Johor. Tempat : Dewan Senat

ISRA' & MIKRAJ

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud;

"Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (DiMekah) ke Masjidil -Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaraan) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Q.S. Al-Israa':1)

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah swt sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

"Dan demi sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi "Sidratul-Muntaha"; yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya".
(O.S. An-Naim : 13-18)

No comments: